Sunday, October 9, 2011

Cerita Hantu

Hantu Lif KLCC
Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..




Hantu Tandas Pejabat
Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah. Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat.
Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini” aku mengeluh… Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…
Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt”
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit
“Bala, kau ke tu ?”tapi tak ada jawapan.
Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi…
“ Psssssssttttt”
Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu…
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat
“PSSSSTTTTTT” ……….. diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…
Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..
***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Hantu Hotel

No comments:

Post a Comment